Menurut Jamilah (2005), masalah hiperaktif ini adalah
istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang
terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat
mengikut kata Sandra (2008) yang telah menjelaskan terdapat dua jenis masalah
kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa
hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang daya tumpuan
dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi untuk masalah ADD atau ADHD adalah
bersifat fisiologi dan biologi. Manakala menurut Sheila & Samsilah (2006),
ADHD adalah satu keadaan yang meletakkan kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai
masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif.
Bagi Sandra (2008) telah menyatakan ciri-ciri tingkah
laku masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti mudah
terganggu oleh rangsangan luaran. Faktor luaran yang akan menjadi satu sebab
kepada kanak-kanak ini bermasalah.Sukar mendengar dan mematuhi arahan adalah
salah satu cirinya yang dapat dikesan.Manakala sukar memberi tumpuan dan
perhatian juga termasuk ciri-ciri yang dinyatakan, simpton dan tanda - tanda ini
akan dapat dilihat pada kanak-kanak istimewa ini. Seterusnya sukar mengekalkan
tumpuan dan melaksanakan tugasan juga dapat kita lihat sekiranya kanak – kanak
ini mengalami gejala seperti ini serta keupayaan kanak – kanak ini untuk membuat
kerja sekolah yang tidak lengkap.dan tidak terurus.Kemahiran belajar yang lemah
juga akan menjadi salah satu cirinya yang kelihatan. Seterusnya kanak – kanak
ini akan jadi sukar untuk berdikari jika ianya berlarutan dan tidak dapat
mencari jalan alternatifnya.
Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza
dan pada kebiasaannya Bagi ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah
laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsif. Kanak-kanak ini lebih agresif
contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan, kerap membuat kesalahan
akibat kecuaian, gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila
bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan atau tidak suka dan enggan melakukan
tugasan.
No comments:
Post a Comment