Tuesday 10 December 2013



 SINDROM TURNER


PENGENALAN

Sindrom Turner (Turner’s Syndrome) merupakan satu keadaan yang menerangkan tentang kecelaruan kromosom yang lazimnya diperolehi di kalangan kanak-kanak atau perempuan dewasa. Ia juga merupakan satu ketidakupayaan yang berpunca dari sejenis mutasi kromosom seks yang berlaku di kalangan bayi perempuan. Oleh kerana wujudnya mutasi kromosom seks pada bayi perempuan ini, maka ia secara tidak langsung telah mengakibatkan kromosom seks mereka tidak sempurna ataupun tidak lengkap sebagaimana bayi-bayi yang lain. Kecacatan ini akan memberi kesan kepada kadar perkembangan seks sekunder mereka.


SEJARAH KECACATAN SINDROM TURNER

Sindrom Turner ini mula dapat dikenal oleh seorang pakar dalam bidang perubatan iaitu Dr. Henry Turner pada tahun 1938 yang ketika itu berada di Oklahoma City, Amerika. Setelah mengetahui tentang penyakit itu, maka doktor tersebut telah menamakan penyakit itu sebagai Turner’s Syndrome sempena mengingati kejayaan dalam penemuannya dengan penyakit itu. Sebenarnya, Dr. Henry Turner adalah merupakan seorang perintis ’endocrinologist’ tentang kajian mengenai penyakit-penyakit di Oklahama City tersebut. Dalam kajian yang telah dijalankan olehnya dan telah mendapat tajaan dari Persatuan Sindrom Turner Kanada (Canada Society) yang ditubuhkan 6 tahun lebih awal mendapati bahawa Sindrom Turner ini sebenarnya adalah merupakan sejenis penyakit atau kecacatan yang hanya berlaku dikalangan wanita sahaja.

CIRI-CIRI SINDROM TURNER
Antara ciri-ciri yang terdapat pada seseorang individu yang menghidapi sindrom ini ialah:
    Rendah atau ketinggian yang terhad 143cm (4’8’) bagi wanita di Eropah.

    Tangan dan kaki yang bengkak.

    Garis atau posterior rambut yang rendah.

    Rahang bawah yang kecil.

    Keganjilan pada ginjal.

    Kegagalan kefungsian pada ovari.

    Dada yang bidang.

    Bentuk dan putaran pada telinga luar biasa.

    Keadaan leher yang berjaringan.

Keganjilan pada jantung iaitu pelbagai saluran jantung berfungsi untuk perkembangan normal    sehingga memerlukan pembedahan.

    Masalah jantung.

    Lelangit yang lengkung dan sempit/tinggi.

    Kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh jangkitan pada telinga ketika kanak-kanak.

    Dysplastic pada pinggul.

    Kolilis berulser.

    Kecenderungan kepada kegemukan.

    Berlakunya kekacauan pada tiriod.

    Sciliosis.

    Ketiadaan haid dan kemandulan.

Perawakan kewanitaan yang luar biasa Tekanan darah yang melampau dan ia tidak dapat dikenal pasti  punca peningkatan tekanan tersebut.

Struktur buah pinggang yang tidak normal yang dikesan melalui ujian sinar-ultra.

KESIMPULAN

Antara kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah:

Kanak-kanak Turner’s Syndrome berupaya untuk belajar seperti kanak-kanak lain tetapi memerlukan pendekatan yang berbeza dan lebih baik serta menyeluruh   Masyarakat tidak seharusnya ‘mendiskriminasikan’ kanak-kanak Turner’s Syndrome ini. Sebaliknya, golongan ini haruslah diberi sokongan dan galakan yang boleh membantu meningkatkan lagi keupayaan pada dirinya.Pelbagai pihak yang terlibat seperti ibu bapa dan pihak sekolah perlulah bekerjasama dalam mengenalpasti ciri-ciri kanak-kanak Turner’s Syndrome ini agar mereka dapat diberi Intervensi Awalan. Pihak kerajaan Malaysia haruslah menubuhkan satu badan atau pusat untuk menjaga dan memelihara kebajikan individu-individu Turner’s Syndrome tersebut agar kehidupan mereka lebih bermakna.   Ibu haruslah mengambil langkah penjagaan kesihatan yang baik semasa mengandung.

Monday 2 December 2013

Kursus Terapi Pasir

Tarikh : 25 - 26 November 2013
Tempat : Pelangi Beach Resort Tanjung Balau
Taklimat Oleh En Masnawi bin Shamsudin
"Annual Dinner"
Tahniah Persatuan Sosial & Rekreasi PPM Pendidikan Khas Daerah Segamat!

Thursday 7 November 2013

Majlis Apresiasi Pendidikan Khas Daerah Segamat 2013

Tarikh : 7 November 2013
Tempat : Dewan Serbaguna Labis, Segamat
:: Senarai Penerima Murid Tamat Sekolah Rendah ::
ZAIM AL FIKRI BIN ZAINURIN
NURIZYANINAJWA BINTI MUKHTAR
MUHD HAKIMI SHAH BIN ISKANDAR SHAH
NUR SYAZANA BINTI FUAD
SYED ZIA RAHIM BIN TUAN LONG
MOHD SYAHID
NUR IMAN HAKIM BIN NIZAM
MOHD NAZRIE BIN NAZIR
MOHD ARIF BIN ATTA
AHMAD NIZAM BIN ABD AZIZ

:: Senarai Penerima Tamat Pra Sekolah ::
NUR IDAYU

:: Guru Pengiring ::
PUAN FATMAWATI BINTI BIDIN
PUAN SITI NOR RADZIAH BINTI ABU BAKAR
PUAN SITI HAJAR BINTI HASHIM
PUAN NORAZAM BINTI MD PILLUS

:: PPM Pengiring ::
PUAN SARA HALIZA BINTI MOHD SALLEH
CIK NORUL FIRDAUS BINTI ABD RAHIM


Sunday 6 October 2013

Gigi Saya Putih & Bersih

Pemeriksaan Pergigian serta Latihan Memberus Gigi oleh Klinik Pergigian Daerah Segamat
Tarikh : 3 & 4 Oktober 2013