Tuesday 25 June 2013

Autisme : Diet & Pemakanan

Dari segi pemakanan kanak-kanak autisma, kita hendaklah menitikberatkan penyediaan makanan yang berkhasiat dan mengandungi organik untuk mereka. Makanan seperti buah-buahan serta sayuran hendaklah diperbanyakkan.  Pengambilan makanan yang mengandungi banyak gula, bahan pengawet dan makanan yang berwarna-warni hendaklah dikurangkan.  Makanan tambahan juga boleh diberikan kepada mereka.  
Antaranya pengambilan vitamin dan zat galian lain yang seimbang adalah baik untuk kesihatan mereka.  Selain itu, Cod Liver Oil, sumber vitamin A dan asid omega-3 adalah baik untuk kesihatan kerana ia member manfaat kepada badan, otak, fungsi mata dan system imun tubuh.  Perubahan daripada kanak-kanak auitsma dapat dilihat dari segi komunikasi serta daya tumpuan mereka bertambah baik apabila mereka mula mengambil makanan-makanan tambahan berkenaan.  Selain itu, pelbagai rawatan homeopati, senaman, terapi sauna infra-red, terapi oksigen, tilam magnetic dan  the herba juga merupakan antara terapi yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak autism.
Ada antara kanak-kanak autism juga memberikan tindak balas yang positif apabila Diberikan pemakanan tanpa gluten atau tanpa casein. Gluten terdapat di dalam makanan yang berasaskan gandum, barli atau bijirin. Manakala, casein pula boleh didapati di dalam susu, keju atau bahan-bahan tenusu yang lain. Namun begitu, semuanya masih bergantung pada system tubuh kanak-kanak itu sendiri. Untuk kebaikan mereka, rujuklah pada pakar gastro dan pakar pemakanan yang berdekatan. Apa yang penting adalah kita haruslah memastikan mereka mendapat makanan yang cukup dari segi kalori, nutrein dan pemakanan yang seimbang adalah perkara utama yang harus diberi perhatian.
Terdapat beberapa kajian telah dilakukan bagi memperjelaskan lagi masalah pemakanan kanak-kanak autism.  Seperti kajian yang dikemukakan di dalam buku Apa Itu Autisme? Hasil tulisan K.A Raziyah :

                                            i.            Kajian 1 :  Tanpa Gluten dan Casein
Pada 25 Mei 2005, tersiar berita di First Coasts New mengenai keajaiban berlaku di Pantai Ponte Vedra Florida, apabila Dani, kanak-kanak autism yang berusia enam tahun dapat mengatasi masalah autismanya. Anak seorang pakar pediatric iaitu Dr Julie Buckley. Berikut adalah petikan berita tersebut :
Dani adalah kanak-kanak yang sembuh daripada autism yang merupakan kecacatan perkembangan neuro yang kompleks. Ini menyebabkab kanak-kanak itu tidak mampu untuk bertutur dengan baik dan kanak-kanak autism cenderung untuk mengalami masalah gastrointestinal dan lemah imunisasinya.
Dani telah diberikan diet tanpa gluten dan casein. beliau tidak mengambil sebarang gandum gluten dan makanan tenusu. Pakar autism mengatakan bahawa kanak-kanak autism mempunyai masalah kesukaran menghadam protein di dalam gluten dan casein. selain daripada itu, makanan tersebut seolah-olah seperti kesan narkotik pada tindak balas kimia di dalam otaknya, yang menimbulkan masalah.
“Selepas tiga hari tidak mengambil gluten dan casein di dalam dietnya, Dani seolah-olah seperti kanak-kanak yang lain. Sungguh menakjubkan!”
Selain daripada itu Dani juga mengambil IVIG iaitu Intravenous Immune Globulin yang mengandungi protein yang biasa ke dalam perutnya dua kali sebulan yang berfungsi sebagai imunisasi terhadap penyakit.
“IVIG adalah makanan dan minuman untuk membantu system imunnya,” kata Dr. Buckley “ Selepas seminggu mengambil IVIG, Dani memandang saya dan mengatakan bahawa beliau menyayangi saya buat pertama kali dalam hidupnya.”
Dani turut mengambil pelbagai vitamin seperti kanak-kanak autism lain selain daripa menjalani terapi tingkah laku.
                                          ii.            Artikel 1 : The Australian, 14 November 2002
Pakar dalam autism mencadangkan supaya ibu bapa berhenti memberikan susu kepada kanak-kanak autism kerana ia memburukkan lagi keadaan.
Nasihat itu diberikan berikutan dengan pertelagahan di Mahkamah Tinggi New Zealand terhadap pengeluar tenusu terbesar Fonterra mengenai penyelidikan berkaitan dengan autism dan kecacatan mental yang lain disebabkan oleh pengambilan susu.
Paul Shattock daripada unit penyelidikan autism, Universiti Sunderland mengatakan bahawa separuh daripada mereka yang mengalami autism mencuba diet baru iaitu tidak mengambil susu menampakkan perubahan.
“ Kami mencadangkan supaya orang ramai mempertimbangkan untuk mengamalkan diet baru tanpa susu selama tiga minggu bagi melihat sama ada terdapat perubahan di dalam kesihatan mereka,” katanya.
Mengikut kajian Fonterra, kanak-kanak autism diberikan susu jenis A-1 yang menyebabkan kecacatan mental. Kajian menunjukkan pengambilan susu jenis A-1 yang merupakan majoriti di jual di Australia mungkin menyebabkan kecacatan mental dan neurologi termasuklah masalah autism dan sindrom asperger. Namun, syarikat Fonterra New Zealand mengatakan bahawa bukti tidak kukuh dan menyatakan bahawa susunya adalah selamat diminum.
Kajian melibatkan kanak-kanak New Zealanddiberikan susu A-1 ataupun susu lain yang dinamakan A2. Kanak-kanak yang meminum susu A1 telah menunjukkan peningkatan peptide beta-casomorphin 6 mungkin memburukkan keadaan atau menyebabkan kecacatan mental dan neurologi. Masalh tidak timbul dengan susu A2. Fonterra melakukan kajian ini kerana ingin menyelidik supaya tidak mengeluarkan susu yang menyebabkan masalah ini.
Walaupun komuniti perubahan masih dalam pertimbangan, seorang ibu dari Sydney, Debbie Paulo mengatakan bahawa anak autismanya yang berumur 4 tahun, Bailey, mengalami perubahan yang dramatic apabila mengamalkan diet tanpa susu, gluten dan gandum.

Selain itu, terdapat juga antara kanak-kanak autism ini yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan atau obesity.  Mereka  hendaklah dibawa berjumpa dengan pakar pemakanan di hospital sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Jangan sesekali abaikan perkara ini.

No comments:

Post a Comment