Seorang
kanak-kanak Sindrom Down memerlukan belaian kasih sayang, perlindungan dan
motivasi seperti kanak-kanak yang lain. Malahan ianya akan lebih banyak
membantu jika sekiranya mereka ini dibawa bersama untuk bergaul dan sentiasa
berinteraksi dengan keluarga setiap hari mencurahkan kasih sayang dan
menyediakan persekitaran yang menceriakan adalah asas utama yang dapat menjamin
untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Di samping itu terdapat iuga pelbagai
kaedah untuk mempromosi perkembangan kanak-kanak Sindrom Down yang mana di
antara pendekatan yang terbukti boleh membantu perkembangan kanak-kanak
tersebut mencapai kejayaan mengikut keupayaan dan potensinya melalui :
- Penjagaan kesihatan yang berkesan
- Mempunyai kemahiran dan tanggungjawab keibubapaan yang baik
- Mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni
- Intervensi awal untuk membantu dan menjana pertumbuhan kanak-kanak
- Pendidikan yang baik lagi sempurna
Apa
yang juga mustahak untuk diambil perhatian bersama supaya mereka ini tidak
diabaikan tetapi perlu dipastikan sentiasa mempunyai tahap perubatan dan
penjagaan kesihatan yang optima sepertimana juga yang dinikmati oleh
kanak-kanak yang lain di mana antara lainnya :
- diberikan pemeriksaan kesihatan dan perubatan awal sekiranya sakit
- Suntikan imunisasi yang dinasihatkan oleh Bahagian Klinik lbu dan Kanak-Kanak,
- Pemberian pemakanan yang berzat
- Mengamalkan cara hidup sihat
- Suasana persekitaran untuk membesar yang selamat dan menyihatkan
No comments:
Post a Comment