Thursday 22 August 2013

Manual Untuk Membuat Time Out Kepada Anak

  1. Pilih tempat yang sesuai bukan bilik tidur, sebab tu tempat anak tidur. Pilih satu kerusi, karpet atau alas kaki kecil yang spesifik untuk anak time out. Jika ada tiga anak, buat 3 kerusi kecil untuk anak. Jika ada rumah dua tingkat, tangga boleh jadi tempat time out anak.
  2. Terangkan kepada anak fungsi kerusi yang dipilih; "Kalau adik nakal, adik akan duduk di sini (tunjuk kerusi yang dipilih), sampai ibu datang ambil adik."
  3. Bila anak melakukan sesuatu seperti memukul adik beradik yang lain, ibu bapa mulakan dengan warning dulu. Ingatkan anak, kalau dia buat lagi, dia kena duduk pada kerusi time out. Warning hanya sekali sahaja.
  4. Apabila anak buat tindakan yang sama lagi. Pimpin anak dan dudukkannya pada kerusi tersebut. Jika mula menangis atau berguling-guling, dukung anak dan dudukkan atas kerusi tersebut. Jangan bercakap apa-apa dengan anak semasa proses ini. Selepas dudukkan dia, pastikan posisi badan anda iaitu rendahkan badan anda supaya sama level dengan anak anda. Terangkan kepada anak, mengapa anak kena duduk pada kerusi ini. "Adik kena duduk sini sebab adik pukul abang masa main tadi. Adik tak dengar cakap ibu jangan pukul abang, tapi adik pukul juga. Adik kena duduk sini sampai ibu datang ambil adik."
  5. Time kan masa anda. Sekiranya anak anda berusia setahun, selama seminit anak anda akan duduk di kerusi tersebut. Setiap minit dikira mengikut usia anak. Contohnya : 1 tahun = 1 minit, 2 tahun = 2 minit, 3 tahun = 3 minit dan sebagainya.
  6. Cukup masa, datang ambil anak dan terangkan kembali kenapa anak berada pada kerusi time out ini. Minta anak minta maaf dengan ibu bapa dan kembali pimpin anak bermain atau melakukan aktiviti rumah seperti biasa. "Adik kena duduk sini sebab adik pukul abang masa main tadi. Adik tak dengar cakap ibu jangan pukul abang lagi, tapi adik pukul juga. Adik tak dengar kata ibu. Minta maaf dengan ibu.
  7. Bagi anak bermain hanya selepas anak mengucapkan maaf. Kalau anak masih menangis dan berdegil, bagi lagi time out mengikut usia anak anda. Jangan menyahut, bernegotiate, bercakap dengan anak anda sepanjang proses ini. Ulangi langkah ini sehingga anak mengucapkan maaf.
  8.  Sekiranya anak berlari dapatkan anda sepanjang beliau diberi time out, dukung dan letakkan semula anak tanpa memandang wajah anak dan bercakap sehingga anak duduk pada kerusi cukup pada waktunya.
  9. Banyakkan bersabar dan jangan lepas marah kepada anak. Kawal perasaan anda dan lakukan teknik ini setiap kali anak misbehaving secara konsisten supaya anak dapat memahami ada perbuatan yang dia lakukan itu adalah salah.

No comments:

Post a Comment