Temper tantrum ini adalah di mana bayi atau kanak-kanak dari usia 0 tahun sehingga 9 tahun akan hadapi perubahan emosi secara mendadak.
Bayangkan bayi atau kanak-kanak tersebut sedang elok bermain dengan anda, tiba-tiba terus
berubah menangis, merengek, menjerit dan sebagainya. Kadang kala anak kita
juga akan berlaku nakal tidak mahu tidur, makan, bermain dengan agresif dan
sebagainya yang juga akhirnya membawa kepada temper tantrum ini.
Selalunya bayi berusia 2 tahun akan selalu mengalami
episod-episod ini. Kepada para ibu bapa, janganlah anggap anak anda mengada-ngada atau
menyusahkan apabila situasi ini berlaku, dan jangan pula menganggap anak anda
ini akan menjadi seorang yang manipulatif (pandai menggunakan orang dengan air
mata- minta kesian) bila dewasa nanti. Selalunya anak anda hanya mengalami
situasi ini kerana dia masih belum pandai bercakap (tatabahasa masih limited).
Walaupun hari demi hari mereka menunjukkan pemahaman perkataan yang semakin
banyak, namun begitu penggunaan perkataan untuk memberi atau menunjukkan
ekpresi/emosi masih diperingkat awal (very, the very limited). Pakar kesihatan
menyatakan bahawa bayi/kanak2 ini mengalami perubahan kimia di dalam otak
mereka yang menyebabkan temper tantrum ini berlaku. Therefore, temper tantrum
ini adalah sesuatu yang sangat normal. Namun begitu, bagaimana ibu bapa
menangani episod-episod ini adalah penting. Ini adalah kerana kesan reaksi ibu bapa
itu akan terbawa-bawa temper tantrum ini kepada lebih tinggi tahapnya kerana
bayi atau kanak-kanak ini mula belajar bahawa mereka akan dapat apa yang mereka mahu
sekiranya mereka terus menangis. Jadi bagaimana kita patut lakukan untuk
mendisiplinkan anak kita secara sihat? Terutamanya sekali bila anak kita pukul
adik/anak orang lain bila bermain, tidak mahu makan, tidak mahu mandi dan
sebagainya?
Perkara pertama sekali ibu bapa perlu lakukan adalah kawal
kesabaran anda apabila anak anda mula menangis dan merengek-rengek tanpa henti. Selalunya
episod tentrum ni bukan sesuatu yang best.. bukan macam video kat atas ni
selalunya. Bayi akan mula cenderung untuk menendang, menjerit-jerit, baling barang,
malah menahan nafasnya (kalau anda risau dengan tingkah laku tahan nafas ini
mengganggu kesihatan bayi, sila berjumpa dengan doktor. Selalunya, bayi akan
menarik nafas semula kalau dah tak tahan). Jangan sesekali meninggalkan anak
anda tiba-tiba (keluar dari bilik/rumah) bila berlakunya temper tantrum ini, bayi
anda akan merasakan anda "meninggalkannya" dan ini akan meninggalkan
kesan yang lebih mendalam di kemudian hari nanti. So, sekiranya tantrums ini
bukan sebab medikal (lepas check dengan doktor), wa mencadangkan ibu bapa
mengamalkan konsep "time-out" kepada anak-anak mereka supaya bukan sahaja
anak memahami sikap dan membetulkan sikap yang kita tidak mahu ianya menjadi
berpanjangan.
No comments:
Post a Comment