LANGKAH MENGATASI
Ada anak autisme mempunyai tenaga yang
sangat aktif. Mereka akan berpusing-pusing atau berlari tanpa penat. Cara
terbaik untuk mengalirkan tenaga yang banyak di kalangan anak autisme itu ialah
melalui aktiviti seni. Kita boleh pelbagaikan aktiviti seni setiap hari atau
minggu bagi menarik perhatian mereka. Berikan mereka ruang itu dan tidak
mengapa sehingga mereka bosan. Biar tenaga mereka disalurkan ke arah
pembentukkan kreativiti dan imaginasi mereka. Jangan tidak tahu, anak autisme
ini adalah sangat bijak dan lebih bijak dibandingkan dengan anak normal yang
lain apabila mereka sembuh nanti.
Selain kita boleh membaca doa ringkas
seperti audzhu billahi minas syaitan nirrajim apabila kita berdepan dengan
situasi anak autisme yang tantrum, Surah Taha antara surah yang terbaik untuk
melembutkan hati si manja autisme kita. Amalkan bacaan surah itu dari ayat 1
hingga 5 dan bisikkannya ke telinga sambil diusap ubun-ubun kelapa mereka
semasa tidur. Boleh juga dibacakan surah itu hingga habis dan diberikan mereka
minum atau dibuat susu. Sedangkan Sayyidina Umar Al-Khattab yang digeruni
dengan wajah yang garang tersentuh hatinya tatkala mendengar alunan surah ini
dibacakan. Inikan pula anak kita yang dikasihi. Setiap penyakit pasti ada
ubatnya kecuali mati. Dan bagi saya selain bantuan ubat-ubatan dan bantuan
pakar dan guru yang mahir dalam menangani anak autisme ini, perkara yang paling
penting ialah keyakinan kita. Adakah kita betul-betul yakin dengan apa yang
kita lakukan itu mampu menyembuhkan anak autisme kita.
Bawa Anak Ke Dunia Luar
Sebahagian besar daripada kita akan membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan keraguan mereka. Itu satu tindakan yang betul. Selepas itu atau sebelum itupun kita boleh membawa anak kita keluar bergaul bersama komuniti untuk melihat interaksi anak kita bersama yang lain. Doktor bertindak sebagai pemberi nasihat dan terapi untuk anak kita, namun praktikal kehidupan seperti membawa mereka bergaul adalah lebih bermanfaat. Kita juga boleh membawa anak kita bersiar di taman permainan di pusat membeli belah secara rutin bagi memberi peluang kepada mereka untuk belajar tentang dunia luar seperti anak normal lain.
Info daripada ~ Blog Excel Qhalif
No comments:
Post a Comment