SERIKANDI bertanggungjawab mengutip derma kepada mangsa sempena Program Semarak Islam Pendidikan Khas Negeri Johor 2013 JUMLAH KUTIPAN : RM1329.40 |
Kuantan: Malang bagi atlet cacat penglihatan apabila harapannya untuk menggenggam pingat emas acara lontar peluru dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2013, lebur kerana bebola mata kirinya pecah tertusuk bucu besi penghadang tangga di Stadium Darul Makmur di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, Mohd Shafiq Rashid, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Inderapura, Kulaijaya, Johor, yang mewakili negeri itu sedang menuju ke surau stadium untuk solat Zohor. Bagaimanapun, remaja berkenaan tergelincir ketika menuruni tangga menyebabkannya jatuh dan mata kirinya terkena bucu besi penghadang tangga. Ibu mangsa, Rahimah Ahmad, 52, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya itu mengalami kecederaan parah ketika mengikuti kejohanan berkenaan.
“Saya bergegas dari rumah di Tampin, Negeri Sembilan ke sini untuk melihat keadaannya. “Nasib baik abangnya bekerja di bandar ini dan kepada dia serta kontinjen saya berharap memastikan Mohd Shafiq berada dalam keadaan baik sebelum tiba di sini,” katanya ketika ditemui selepas dikunjungi Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Rosdi Ismail di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam.
Rahimah berkata, bagaimanapun keadaan anak ‘istimewanya’ itu semakin stabil sejak dimasukkan ke HTAA kelmarin dan sudah menjalani pembedahan menggantikan bebola mata kirinya, semalam.
No comments:
Post a Comment