Monday, 12 August 2013

Apakah itu Temper Tantrum?

Temper tantrum ini adalah di mana bayi atau kanak-kanak dari usia 0 tahun sehingga 9 tahun akan hadapi perubahan emosi secara mendadak. Bayangkan bayi atau kanak-kanak tersebut sedang elok bermain dengan anda, tiba-tiba terus berubah menangis, merengek, menjerit dan sebagainya. Kadang kala anak kita juga akan berlaku nakal tidak mahu tidur, makan, bermain dengan agresif dan sebagainya yang juga akhirnya membawa kepada temper tantrum ini.
Selalunya bayi berusia 2 tahun akan selalu mengalami episod-episod ini. Kepada para ibu bapa, janganlah anggap anak anda mengada-ngada atau menyusahkan apabila situasi ini berlaku, dan jangan pula menganggap anak anda ini akan menjadi seorang yang manipulatif (pandai menggunakan orang dengan air mata- minta kesian) bila dewasa nanti. Selalunya anak anda hanya mengalami situasi ini kerana dia masih belum pandai bercakap (tatabahasa masih limited). Walaupun hari demi hari mereka menunjukkan pemahaman perkataan yang semakin banyak, namun begitu penggunaan perkataan untuk memberi atau menunjukkan ekpresi/emosi masih diperingkat awal (very, the very limited). Pakar kesihatan menyatakan bahawa bayi/kanak2 ini mengalami perubahan kimia di dalam otak mereka yang menyebabkan temper tantrum ini berlaku. Therefore, temper tantrum ini adalah sesuatu yang sangat normal. Namun begitu, bagaimana ibu bapa menangani episod-episod ini adalah penting. Ini adalah kerana kesan reaksi ibu bapa itu akan terbawa-bawa temper tantrum ini kepada lebih tinggi tahapnya kerana bayi atau kanak-kanak ini mula belajar bahawa mereka akan dapat apa yang mereka mahu sekiranya mereka terus menangis. Jadi bagaimana kita patut lakukan untuk mendisiplinkan anak kita secara sihat? Terutamanya sekali bila anak kita pukul adik/anak orang lain bila bermain, tidak mahu makan, tidak mahu mandi dan sebagainya?
Perkara pertama sekali ibu bapa perlu lakukan adalah kawal kesabaran anda apabila anak anda mula menangis dan merengek-rengek tanpa henti. Selalunya episod tentrum ni bukan sesuatu yang best.. bukan macam video kat atas ni selalunya. Bayi akan mula cenderung untuk menendang, menjerit-jerit, baling barang, malah menahan nafasnya (kalau anda risau dengan tingkah laku tahan nafas ini mengganggu kesihatan bayi, sila berjumpa dengan doktor. Selalunya, bayi akan menarik nafas semula kalau dah tak tahan). Jangan sesekali meninggalkan anak anda tiba-tiba (keluar dari bilik/rumah) bila berlakunya temper tantrum ini, bayi anda akan merasakan anda "meninggalkannya" dan ini akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam di kemudian hari nanti. So, sekiranya tantrums ini bukan sebab medikal (lepas check dengan doktor), wa mencadangkan ibu bapa mengamalkan konsep "time-out" kepada anak-anak mereka supaya bukan sahaja anak memahami sikap dan membetulkan sikap yang kita tidak mahu ianya menjadi berpanjangan.

Tuesday, 6 August 2013

Program Penyerahan Baju Hari Raya kepada Kanak-kanak OKU PPKI Daerah Segamat oleh YB Parlimen Sekijang

Tarikh : 5 Ogos 2013
Tempat : JAKEL Segamat

Terima Kasih YB!
Ihsan Daripada Page Anuar Abd Manap Official
:: VIP ::
Encik Yasiran bin Maskom (PPD Segamat)
Encik Luqman bin Mohd Jakel (Pengurus JAKEL Segamat)
Encik Masnawi bin Shamsudin (PPPD Pendidikan Khas / Pemulihan)
Ihsan Daripada Ibu Nur Aqilah binti Ra'ip

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan

Tarikh : 2 Ogos 2013
Tempat : Dewan SK Datuk Wan Idris

Khatam Al-Quran yang dipimpini oleh Ustaz Azrin





Monday, 29 July 2013

Majlis Silaturahim & Pengimarahan Ramadhan Al Mubarak

Tarikh : 30 Julai 2013 (21 Ramadhan 1434H)

Tempat : Balai Islam Masjid Jannatul Firdaus, Kampung Jawa

Thursday, 11 July 2013

Thursday, 4 July 2013

Johan Busana Muslim Sindrom Down 2013

Program Semarak Islam Pendidikan Khas 
Negeri Johor 2013
Kategori Busana Muslim & Muslimah Sindrom Down
3 Julai 2013 di Pasaraya Kipmart Segamat

Tahniah Ahmad Nizam bin Abd Aziz!
Berita Harian, 17 Julai 2013


Atlet Cacat Penglihatan Tertusuk Bebola Mata

SERIKANDI bertanggungjawab mengutip derma kepada mangsa sempena
Program Semarak Islam Pendidikan Khas 
Negeri Johor 2013

JUMLAH KUTIPAN : RM1329.40
Kuantan: Malang bagi atlet cacat penglihatan apabila harapannya untuk menggenggam pingat emas acara lontar peluru dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2013, lebur kerana bebola mata kirinya pecah tertusuk bucu besi penghadang tangga di Stadium Darul Makmur di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, Mohd Shafiq Rashid, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Inderapura, Kulaijaya, Johor, yang mewakili negeri itu sedang menuju ke surau stadium untuk solat Zohor. Bagaimanapun, remaja berkenaan tergelincir ketika menuruni tangga menyebabkannya jatuh dan mata kirinya terkena bucu besi penghadang tangga. Ibu mangsa, Rahimah Ahmad, 52, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya itu mengalami kecederaan parah ketika mengikuti kejohanan berkenaan.

“Saya bergegas dari rumah di Tampin, Negeri Sembilan ke sini untuk melihat keadaannya. “Nasib baik abangnya bekerja di bandar ini dan kepada dia serta kontinjen saya berharap memastikan Mohd Shafiq berada dalam keadaan baik sebelum tiba di sini,” katanya ketika ditemui selepas dikunjungi Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Rosdi Ismail di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam.

Rahimah berkata, bagaimanapun keadaan anak ‘istimewanya’ itu semakin stabil sejak dimasukkan ke HTAA kelmarin dan sudah menjalani pembedahan menggantikan bebola mata kirinya, semalam.

myMetro 12 Jun 2013
Perasmian Tabung oleh Tn Hj Abd Rahman bin Hamdan
Ketua Unit Pendidikan Khas
Jabatan Pelajaran Negeri Johor