Saturday 31 August 2013

Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Segamat 2013

:: Tarikh ::
31 Ogos 2013

:: Tempat ::
Dataran Segamat
Gabungan Kumpulan Koir PPD Segamat bersama Tuan PPD,
Encik Yasiran bin Maskom


Thursday 29 August 2013

Program Ziarah Raya & Marhaban Serikandi Zon Bandar

Rumah Puan Masleha binti Mahat
2 September 2013
Rumah Puan Nurul Asma binti Anuar
2 September 2013
Rumah Puan Zarinah binti Masiron
23 Ogos 2013
Rumah Puan Nor Hazlimah binti Mohamad
26 Ogos 2013
Rumah Cik Siti Norbayzura binti Amran
27 Ogos 2013

Thursday 22 August 2013

Persekitaran Ceria Jamin Bantu Perkembangan Kanak-kanak Sindrom Down

Seorang kanak-kanak Sindrom Down memerlukan belaian kasih sayang, perlindungan dan motivasi seperti kanak-kanak yang lain. Malahan ianya akan lebih banyak membantu jika sekiranya mereka ini dibawa bersama untuk bergaul dan sentiasa berinteraksi dengan keluarga setiap hari mencurahkan kasih sayang dan menyediakan persekitaran yang menceriakan adalah asas utama yang dapat menjamin untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Di samping itu terdapat iuga pelbagai kaedah untuk mempromosi perkembangan kanak-kanak Sindrom Down yang mana di antara pendekatan yang terbukti boleh membantu perkembangan kanak-kanak tersebut mencapai kejayaan mengikut keupayaan dan potensinya melalui :
  • Penjagaan kesihatan yang berkesan
  • Mempunyai kemahiran dan tanggungjawab keibubapaan yang baik
  • Mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni
  • Intervensi awal untuk membantu dan menjana pertumbuhan kanak-kanak
  • Pendidikan yang baik lagi sempurna
Apa yang juga mustahak untuk diambil perhatian bersama supaya mereka ini tidak diabaikan tetapi perlu dipastikan sentiasa mempunyai tahap perubatan dan penjagaan kesihatan yang optima sepertimana juga yang dinikmati oleh kanak-kanak yang lain di mana antara lainnya :
  • diberikan pemeriksaan kesihatan dan perubatan awal sekiranya sakit 
  • Suntikan imunisasi yang dinasihatkan oleh Bahagian Klinik lbu dan Kanak-Kanak,
  • Pemberian pemakanan yang berzat
  • Mengamalkan cara hidup sihat
  • Suasana persekitaran untuk membesar yang selamat dan menyihatkan

Manual Untuk Membuat Time Out Kepada Anak

  1. Pilih tempat yang sesuai bukan bilik tidur, sebab tu tempat anak tidur. Pilih satu kerusi, karpet atau alas kaki kecil yang spesifik untuk anak time out. Jika ada tiga anak, buat 3 kerusi kecil untuk anak. Jika ada rumah dua tingkat, tangga boleh jadi tempat time out anak.
  2. Terangkan kepada anak fungsi kerusi yang dipilih; "Kalau adik nakal, adik akan duduk di sini (tunjuk kerusi yang dipilih), sampai ibu datang ambil adik."
  3. Bila anak melakukan sesuatu seperti memukul adik beradik yang lain, ibu bapa mulakan dengan warning dulu. Ingatkan anak, kalau dia buat lagi, dia kena duduk pada kerusi time out. Warning hanya sekali sahaja.
  4. Apabila anak buat tindakan yang sama lagi. Pimpin anak dan dudukkannya pada kerusi tersebut. Jika mula menangis atau berguling-guling, dukung anak dan dudukkan atas kerusi tersebut. Jangan bercakap apa-apa dengan anak semasa proses ini. Selepas dudukkan dia, pastikan posisi badan anda iaitu rendahkan badan anda supaya sama level dengan anak anda. Terangkan kepada anak, mengapa anak kena duduk pada kerusi ini. "Adik kena duduk sini sebab adik pukul abang masa main tadi. Adik tak dengar cakap ibu jangan pukul abang, tapi adik pukul juga. Adik kena duduk sini sampai ibu datang ambil adik."
  5. Time kan masa anda. Sekiranya anak anda berusia setahun, selama seminit anak anda akan duduk di kerusi tersebut. Setiap minit dikira mengikut usia anak. Contohnya : 1 tahun = 1 minit, 2 tahun = 2 minit, 3 tahun = 3 minit dan sebagainya.
  6. Cukup masa, datang ambil anak dan terangkan kembali kenapa anak berada pada kerusi time out ini. Minta anak minta maaf dengan ibu bapa dan kembali pimpin anak bermain atau melakukan aktiviti rumah seperti biasa. "Adik kena duduk sini sebab adik pukul abang masa main tadi. Adik tak dengar cakap ibu jangan pukul abang lagi, tapi adik pukul juga. Adik tak dengar kata ibu. Minta maaf dengan ibu.
  7. Bagi anak bermain hanya selepas anak mengucapkan maaf. Kalau anak masih menangis dan berdegil, bagi lagi time out mengikut usia anak anda. Jangan menyahut, bernegotiate, bercakap dengan anak anda sepanjang proses ini. Ulangi langkah ini sehingga anak mengucapkan maaf.
  8.  Sekiranya anak berlari dapatkan anda sepanjang beliau diberi time out, dukung dan letakkan semula anak tanpa memandang wajah anak dan bercakap sehingga anak duduk pada kerusi cukup pada waktunya.
  9. Banyakkan bersabar dan jangan lepas marah kepada anak. Kawal perasaan anda dan lakukan teknik ini setiap kali anak misbehaving secara konsisten supaya anak dapat memahami ada perbuatan yang dia lakukan itu adalah salah.

Thursday 15 August 2013

Monday 12 August 2013

Apakah itu Temper Tantrum?

Temper tantrum ini adalah di mana bayi atau kanak-kanak dari usia 0 tahun sehingga 9 tahun akan hadapi perubahan emosi secara mendadak. Bayangkan bayi atau kanak-kanak tersebut sedang elok bermain dengan anda, tiba-tiba terus berubah menangis, merengek, menjerit dan sebagainya. Kadang kala anak kita juga akan berlaku nakal tidak mahu tidur, makan, bermain dengan agresif dan sebagainya yang juga akhirnya membawa kepada temper tantrum ini.
Selalunya bayi berusia 2 tahun akan selalu mengalami episod-episod ini. Kepada para ibu bapa, janganlah anggap anak anda mengada-ngada atau menyusahkan apabila situasi ini berlaku, dan jangan pula menganggap anak anda ini akan menjadi seorang yang manipulatif (pandai menggunakan orang dengan air mata- minta kesian) bila dewasa nanti. Selalunya anak anda hanya mengalami situasi ini kerana dia masih belum pandai bercakap (tatabahasa masih limited). Walaupun hari demi hari mereka menunjukkan pemahaman perkataan yang semakin banyak, namun begitu penggunaan perkataan untuk memberi atau menunjukkan ekpresi/emosi masih diperingkat awal (very, the very limited). Pakar kesihatan menyatakan bahawa bayi/kanak2 ini mengalami perubahan kimia di dalam otak mereka yang menyebabkan temper tantrum ini berlaku. Therefore, temper tantrum ini adalah sesuatu yang sangat normal. Namun begitu, bagaimana ibu bapa menangani episod-episod ini adalah penting. Ini adalah kerana kesan reaksi ibu bapa itu akan terbawa-bawa temper tantrum ini kepada lebih tinggi tahapnya kerana bayi atau kanak-kanak ini mula belajar bahawa mereka akan dapat apa yang mereka mahu sekiranya mereka terus menangis. Jadi bagaimana kita patut lakukan untuk mendisiplinkan anak kita secara sihat? Terutamanya sekali bila anak kita pukul adik/anak orang lain bila bermain, tidak mahu makan, tidak mahu mandi dan sebagainya?
Perkara pertama sekali ibu bapa perlu lakukan adalah kawal kesabaran anda apabila anak anda mula menangis dan merengek-rengek tanpa henti. Selalunya episod tentrum ni bukan sesuatu yang best.. bukan macam video kat atas ni selalunya. Bayi akan mula cenderung untuk menendang, menjerit-jerit, baling barang, malah menahan nafasnya (kalau anda risau dengan tingkah laku tahan nafas ini mengganggu kesihatan bayi, sila berjumpa dengan doktor. Selalunya, bayi akan menarik nafas semula kalau dah tak tahan). Jangan sesekali meninggalkan anak anda tiba-tiba (keluar dari bilik/rumah) bila berlakunya temper tantrum ini, bayi anda akan merasakan anda "meninggalkannya" dan ini akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam di kemudian hari nanti. So, sekiranya tantrums ini bukan sebab medikal (lepas check dengan doktor), wa mencadangkan ibu bapa mengamalkan konsep "time-out" kepada anak-anak mereka supaya bukan sahaja anak memahami sikap dan membetulkan sikap yang kita tidak mahu ianya menjadi berpanjangan.

Tuesday 6 August 2013

Program Penyerahan Baju Hari Raya kepada Kanak-kanak OKU PPKI Daerah Segamat oleh YB Parlimen Sekijang

Tarikh : 5 Ogos 2013
Tempat : JAKEL Segamat

Terima Kasih YB!
Ihsan Daripada Page Anuar Abd Manap Official
:: VIP ::
Encik Yasiran bin Maskom (PPD Segamat)
Encik Luqman bin Mohd Jakel (Pengurus JAKEL Segamat)
Encik Masnawi bin Shamsudin (PPPD Pendidikan Khas / Pemulihan)
Ihsan Daripada Ibu Nur Aqilah binti Ra'ip

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan

Tarikh : 2 Ogos 2013
Tempat : Dewan SK Datuk Wan Idris

Khatam Al-Quran yang dipimpini oleh Ustaz Azrin