Monday 29 July 2013

Majlis Silaturahim & Pengimarahan Ramadhan Al Mubarak

Tarikh : 30 Julai 2013 (21 Ramadhan 1434H)

Tempat : Balai Islam Masjid Jannatul Firdaus, Kampung Jawa

Thursday 11 July 2013

Thursday 4 July 2013

Johan Busana Muslim Sindrom Down 2013

Program Semarak Islam Pendidikan Khas 
Negeri Johor 2013
Kategori Busana Muslim & Muslimah Sindrom Down
3 Julai 2013 di Pasaraya Kipmart Segamat

Tahniah Ahmad Nizam bin Abd Aziz!
Berita Harian, 17 Julai 2013


Atlet Cacat Penglihatan Tertusuk Bebola Mata

SERIKANDI bertanggungjawab mengutip derma kepada mangsa sempena
Program Semarak Islam Pendidikan Khas 
Negeri Johor 2013

JUMLAH KUTIPAN : RM1329.40
Kuantan: Malang bagi atlet cacat penglihatan apabila harapannya untuk menggenggam pingat emas acara lontar peluru dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2013, lebur kerana bebola mata kirinya pecah tertusuk bucu besi penghadang tangga di Stadium Darul Makmur di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, Mohd Shafiq Rashid, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Inderapura, Kulaijaya, Johor, yang mewakili negeri itu sedang menuju ke surau stadium untuk solat Zohor. Bagaimanapun, remaja berkenaan tergelincir ketika menuruni tangga menyebabkannya jatuh dan mata kirinya terkena bucu besi penghadang tangga. Ibu mangsa, Rahimah Ahmad, 52, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya itu mengalami kecederaan parah ketika mengikuti kejohanan berkenaan.

“Saya bergegas dari rumah di Tampin, Negeri Sembilan ke sini untuk melihat keadaannya. “Nasib baik abangnya bekerja di bandar ini dan kepada dia serta kontinjen saya berharap memastikan Mohd Shafiq berada dalam keadaan baik sebelum tiba di sini,” katanya ketika ditemui selepas dikunjungi Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Rosdi Ismail di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam.

Rahimah berkata, bagaimanapun keadaan anak ‘istimewanya’ itu semakin stabil sejak dimasukkan ke HTAA kelmarin dan sudah menjalani pembedahan menggantikan bebola mata kirinya, semalam.

myMetro 12 Jun 2013
Perasmian Tabung oleh Tn Hj Abd Rahman bin Hamdan
Ketua Unit Pendidikan Khas
Jabatan Pelajaran Negeri Johor



Tuesday 2 July 2013

Didik Anak Autisme Menjadi Normal; Bagaimana?

LANGKAH MENGATASI




Perbanyakkan Aktiviti Seni & Kraf Bersama Anak Autisme

Ada anak autisme mempunyai tenaga yang sangat aktif. Mereka akan berpusing-pusing atau berlari tanpa penat. Cara terbaik untuk mengalirkan tenaga yang banyak di kalangan anak autisme itu ialah melalui aktiviti seni. Kita boleh pelbagaikan aktiviti seni setiap hari atau minggu bagi menarik perhatian mereka. Berikan mereka ruang itu dan tidak mengapa sehingga mereka bosan. Biar tenaga mereka disalurkan ke arah pembentukkan kreativiti dan imaginasi mereka. Jangan tidak tahu, anak autisme ini adalah sangat bijak dan lebih bijak dibandingkan dengan anak normal yang lain apabila mereka sembuh nanti.

Terapi Ayat Al-Quran

Selain kita boleh membaca doa ringkas seperti audzhu billahi minas syaitan nirrajim apabila kita berdepan dengan situasi anak autisme yang tantrum, Surah Taha antara surah yang terbaik untuk melembutkan hati si manja autisme kita. Amalkan bacaan surah itu dari ayat 1 hingga 5 dan bisikkannya ke telinga sambil diusap ubun-ubun kelapa mereka semasa tidur. Boleh juga dibacakan surah itu hingga habis dan diberikan mereka minum atau dibuat susu. Sedangkan Sayyidina Umar Al-Khattab yang digeruni dengan wajah yang garang tersentuh hatinya tatkala mendengar alunan surah ini dibacakan. Inikan pula anak kita yang dikasihi. Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. Dan bagi saya selain bantuan ubat-ubatan dan bantuan pakar dan guru yang mahir dalam menangani anak autisme ini, perkara yang paling penting ialah keyakinan kita. Adakah kita betul-betul yakin dengan apa yang kita lakukan itu mampu menyembuhkan anak autisme kita. 

Bawa Anak Ke Dunia Luar

Sebahagian besar daripada kita akan membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan keraguan mereka. Itu satu tindakan yang betul. Selepas itu atau sebelum itupun kita boleh membawa anak kita keluar bergaul bersama komuniti untuk melihat interaksi anak kita bersama yang lain. Doktor bertindak sebagai pemberi nasihat dan terapi untuk anak kita, namun praktikal kehidupan seperti membawa mereka bergaul adalah lebih bermanfaat. Kita juga boleh membawa anak kita bersiar di taman permainan di pusat membeli belah secara rutin bagi memberi peluang kepada mereka untuk belajar tentang dunia luar seperti anak normal lain.

Info daripada ~ Blog Excel Qhalif