Sunday 30 June 2013

21 Mac ~ Hari Sindrom Down Sedunia

TARIKH 21/3 atau 21 Mac adalah istimewa. Ia ditetapkan sebagai Hari Sindrom Down Sedunia dan tarikh ini melambangkan tiga salinan untuk kromosom ke-21; keadaan genetik yang dikenali sebagai trisomi 21 atau Sindrom Down. Jumlah individu Sindrom Down di negara kita besar, tetapi angka sebenar tidak diketahui kerana masih ramai belum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun mengikut kadar kejadian (satu kes Sindrom Down bagi setiap 800 kelahiran) atau dua peratus daripada jumlah penduduk; dianggarkan ada 50,000 individu Sindrom Down di negara kita.
Menurut Presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Wan Hanizan Wan Ramlan, meskipun pelbagai kempen dan aktiviti dijalankan, pemahaman dan penerimaan masyarakat terhadap sindrom ini belum membanggakan. Sindrom ini sering disalah tafsir sebagai penyakit dan individu Sindrom Down dipanggil ‘pesakit’. Ini salah kerana Sindrom Down adalah keadaan yang berlaku ketika mengandung. Ia bukan penyakit yang dihidapi atau penyakit berjangkit.
Sindrom Down berlaku apabila badan seseorang terlebih satu kromosom pada pasangan ke-21. Lazimnya manusia ada 46 kromosom, tetapi individu Sindrom Down ada 47 kromosom — hanya ciri ini yang membezakan individu normal dengan Sindrom Down.
“Yang menyedihkan ialah, masyarakat kita masih percaya bahawa mendapat seorang anak Sindrom Down adalah satu bala. Pasangan yang mempunyai anak Sindrom Down sering dipandang serong dan tidak diterima mentua.
“Malah tidak kurang suami isteri yang saling tuduh menuduh dan menafikan hakikat bahawa mereka adalah insan terpilih untuk dianugerahkan anak istimewa ini.
“Pandangan masyarakat bahawa golongan Sindrom Down tidak boleh diajar atau belajar juga menyebabkan mereka sering tersisih daripada arus pembangunan dan tiada peluang mendapat pekerjaan sepadan dengan keupayaan mereka.

Friday 28 June 2013

Kelahiran Bayi Sindrom Down

Mengapakah sesetengah bayi dilahirkan dengan sindrom Down?

Sindrom Down berlaku apabila seorang bayi itu menerima unsure genetik tambahan daripada ibu bapanya. Dalam kebanyakan kes, sukar untuk difahami mengapa ia terjadi. 

Risiko melahirkan bayi dengan sindrom Down lebih tinggi bagi wanita yang mengandung pada usia yang lewat. Oleh kerana ini melibatkan profil genetik, sesetengah keluarga mempunyai risiko yang lebih tinggi, manakala bagi yang lain pula ia merupakan satu perkara yang berlaku secara rawak. 

Jika bayi anda menghidap sindrom Down, jangan salahkan diri sendiri. Perkara ini bukan disebabkan oleh apa-apa perkara yang anda lakukan sebelum atau semasa hamil. 

Bolehkah sindrom Down didiagnos sebelum kelahiran?

Jika umur anda lebih daripada 35 tahun, anda mungkin akan ditawarkan saringan untuk sindrom Down semasa anda hamil. Saringan ini termasuk gabungan ujian darah dengan imbasan ultrabunyi (ultrasound). 

Ujian-ujian saringan ini tidak dapat memastikan dengan tepat jika bayi anda mempunyai sindrom Down. Ia hanya boleh memberitahu samada terdapat risiko tinggi mengalaminya. Baca artikel kami mengenai imbasan untuk sindrom Down untuk maklumat lanjut. 

Jika keputusannya menunjukkan bahawa bayi anda mungkin mengalami sindorm Down, anda boleh memilih untuk menjalani ujian-ujian lanjut seperti amniosintesis dan ujian vilus korionik (chorionic villus sampling - CVS. Ini dilakukan dengan cara memasukkan sebatang jarum halus ke dalam uterus (rahim) dan mengeluarkan sedikit sel untuk diuji di makmal. Terdapat sedikit risiko jangkitan atau keguguran dengan ujian-ujian tersebut. Jika doktor mencadangkan ujian ini dijalankan, beliau perlu menerangkan dengan jelas tentang risiko dan kebaikan ujian-ujian ini. 

Untuk mendiagnos sindrom Down selepas bersalin, doktor kepada bayi anda akan membuat pemeriksaan fizikal dan menguji darah bayi untuk mengesan kehadiran kromosom tambahan. 

Adakah bayi saya akan mempunyai masalah kesihatan?

Jika bayi anda didiagnos dengan sindrom Down, anda tentu sekali risau mengenai masa depannya, lebih-lebih lagi kanak-kanak sepertinya biasanya boleh mengalami masalah kesihatan. Terdapat banyak organisasi yang memberi sokongan kepada keluarga kanak-kanak sindrom Down yang boleh anda rujuk (lihat Direktori A-Z Special Needs kami). 

Sindrom Down boleh menjejaskan setiap bahagian badan dan mungkin menjurus kepada:
  • masalah dengan pergerakan otot, sendi dan tulang;
  • masalah penglihatan dan pendengaran;
  • mudah terkena jangkitan;
  • masalah penghadaman;
  • paru-paru tidak normal;
  • kecacatan jantung.
Mereka yang mempunyai sindrom Down juga mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat leukimia dan masalah lain yang berkaitan dengan darah. 

Penting bagi anak mendapat penjagaan kesihatan yang baik sepanjang hayatnya supaya sebarang masalah dapat dikesan dan diuruskan dengan baik. Dia harus kerap dibawa mendapatkan pemeriksaan kesihatan termasuk ujian-ujian pendengaran dan penglihatan. Anak anda juga perlu mendapat perhatian daripada mereka yang pakar dalam masalah pembelajaran. 

Bagaimana dengan masa depan anak saya?

Semua kanak-kanak sindrom Down mempunyai masalah pembelajaran. Namun, tahap keseriusannya berbeza bergantung kepada individu tersebut. Kebanyakan kanak-kanak sindrom Down dapat mencapai tahap perkembangan seperti belajar berjalan, menggunakan tandas, bercakap, membaca dan menulis, tetapi mereka mengambil masa untuk melakukannya bergantung kepada kemampuan sendiri. 

Demi memastikan anak anda mencapai potensinya ialah dengan memastikan dia mendapat penjagaan kesihatan yang baik serta menerima sokongan yang sepatutnya dari segi sosial dan pendidikan. 

Anak anda mungkin memerlukan bantuan tambahan seperti terapi percakapan, fisioterapi dan pendidikan khas. Seperti mana kanak-kanak lain, anak sindrom Down perlukan kasih sayang dan perhatian daripada keluarga, dan dia perlukan sokongan untuk membantu perkembangannya. Sesetengah kanak-kanak sindrom Down dapat mengikuti pelajaran di sekolah biasa. Individu dewasa dengan sindrom Down juga dapat hidup dengan sihat dan aktif sehingga melepasi usia 50 tahun. 

Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?

Bantuan yang paling dekat ialah pakar kanak-kanak atau doktor keluarga yang biasa memeriksa anak anda. Anak anda juga mungkin akan diletakkan di bawah penjagaan kumpulan pakar di hospital atau klinik kerajaan berdekatan. 

Pakar kanak-kanak yang memeriksa anak anda mungkin akan merujuk anda kepada Yayasan Kiwanis Sindrom Down. Di sini terdapat kelas-kelas untuk membantu dalam perkembangan dan pembelajaran anak anda. Di Malaysia, kanak-kanak sindrom Down boleh didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan sumber-sumber dan sokongan tambahan. 

Membesarkan anak dengan sindrom Down boleh jadi satu cabaran besar. Ia mungkin bukan sesuatu yang anda jangkakan. Ada masa-masa yang sukar dan yang indah juga. Tetapi anda akan dapat banyak sokongan daripada keluar-ga-keluarga lain yang telah mempunyai pengalaman positif dalam membesarkan anak-anak sindrom Down mereka. 

Thursday 27 June 2013

Down Sindrom; Si Mulut Kecil, Si Lidah Besar

KUALA LUMPUR: Bagi ibu bapa yang mempunyai anak Sindrom Down (satu anomali atau masalah genetik yang dikenali juga sebagai Trisomi 21), masalah yang meresahkan mereka ialah kesukaran anak mereka untuk menelan makanan walaupun dalam bentuk cecair.
Bagi ibu bapa yang menghadapi masalah ini, mereka agak keberatan untuk melaporkannya melainkan hanya bila ditanya secara khusus oleh pakar pediatrik tentang isu itu.
"Pakar pediatrik terpaksa menanyakan secara spesifik sama ada komplikasi dari masalah (Sindrom Down) itu wujud atau tidak pada anak mereka," menurut Dr Nelly Lim ,seorang pakar kanak-kanak di sebuah institusi kesihatan di sini.
Kata beliau, pertanyaan itu perlu untuk mengenali bentuk serta kaedah rawatan bagi anak-anak yang mengalami masalah berkenaan.
MULUT KECIL, LIDAH BESAR
"Anak Sindrom Down mempunyai masalah terhadap fungsi motor (pergerakan) oral (mulut) dan ini menyebabkan mereka mempunyai risiko terhadap gerak menelan dan disfagia (kesukaran menelan) akan berlaku.
"Bila terjadinya situasi sebegini, pemakanan bagi anak itu akan terencat", kata beliau.
Dr Lim berkata anak Sindrom Down biasanya mempunyai mulut yang kecil serta lidah yang secara relatifnya lebih besar. Lidah yang besar ini mempunyai tonus (tegangan) otot yang lemah dan biasanya lidah ini akan terjelir keluar dari mulut. Ini ialah antara faktor yang menyebabkan disfagia", kata beliau.
Semasa peringkat bayi, anak Sindrom Down mengalami kesukaran untuk menyusui sama ada daripada ibu atau botol susu.
RAWATAN
Dr Lim menarik perhatian bahawa disfagia bukan hanya masalah bagi anak Sindrom Down tetapi anak-anak yang normal juga mungkin mengalami masalah yang sama dengan faktor penyebab yang lain.
"Bawalah anak anda berjumpa dengan pakar pediatrik supaya dapat dijalankan penilaian serta ujian seperti Kajian Penelanan Barium (BSS) untuk mengetahui faktor penyebab masalah ini," kata beliau.
Ujian BSS ialah untuk mengetahui sama ada masalah ini berlaku kerana kelemahan dagu atau fungsi lidah.
"Pakar pediatrik kemudiannya akan merujuk anak anda kepada pakar patologi pertuturan serta menelan untuk satu jadual latihan yang mengandungi senaman gerak mulut, lidah dan menelan.
"Bagi anak-anak yang mengalami masalah ini, masa yang agak lama diperlukan sebelum mereka berupaya untuk menelan dengan betul. Jadi mereka (ibu bapa) hendaklah bersabar untuk melihat keputusannya," kata beliau.
Dr Lim berkata untuk memastikan terapi ini berkesan, ibu bapa dinasihati memberi kerjasama erat dengan pakar-pakar pediatrik dan patologi pertuturan/menelan dan juga melakukan latihan itu bersama anak mereka di rumah.
PAKAR PATOLOGI PERTUTURAN MENELAN
Seorang pakar terapi pertuturan di sebuah institusi kesihatan pediarik swasta, Junie Ooi berkata bagi anak yang mengalami Sindrom Down, perubahan kepada makanan yang lebih bertekstur akan mengalami masalah.
Tegangan otot lidah yang lemah akan mendatangkan masalah untuk anak itu menggerakkan lidahnya dan ini juga menganggu pertuturan anak itu.
Situasi sebegini menghalang anak itu memanipulasikan lidahnya untuk menerima makanan dan ini akan menyebabkan anak itu berasa tercekik, muntah serta tidak dapat menerima makanan.
"Kalau situasi sebegini berlaku, janganlah paksa anak anda untuk makan makanan yang mulut mereka masih belum bersedia untuk menerimanya.
"Apa yang ibu bapa perlu lakukan ialah untuk merujuk kepada pakar pediatrik serta juga bantuan daripada pakar patologi dalam masalah pemakanan dan menelan tentang terapi yang diperlukan oleh anak mereka," kata Ooi.
Selepas menjalani terapi, anak yang mengalami masalah itu akan dapat menambahkan kekuatan kepada otot lidah yang mebolehkan mereka menelan makanan.
Ooi menasihati ibu bapa agar jangan putus asa kerana mereka boleh mendapatkan bantuan serta kaunseling daripada institusi kesihatan awam dan juga swasta.
"Mereka boleh merujuk kepada hospital awam kerana ada beberapa hospital yang besarn ada mempunyai pakar-pakar berkenaan. Apa yang penting ialah jika anak anda ada masalah itu, nutrisi (pemakanan) mereka janganlah sampai terencat atau terganggu," kata beliau.
Organisasi bukan kerajaan seperti SpeecHelp Clinic dan Pusat Nasional Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF), kedua-duanya di Petaling Jaya, Selangor, mempunyai kepakaran untuk membantu anak-anak Sindrom Down yang mempunyai masalah menelan. BERNAMA

Oleh ZULKIPLE IBRAHIM (Oktober 13, 2009)

Wednesday 26 June 2013

Kesan Jerebu dan Kesihatan


Pendedahan Tentang KESAN JEREBU DAN KESIHATAN Oleh Cikgu Norul Azahar bin Nordin
Kepada Murid-murid PPKI SK Datuk Wan Idris

Apakah Jerebu
Ia terjadi apabila keupayaan sistem udara persekitaran gagal menampung bebanan bahan cemar. Keadaan ini bertambah buruk sekiranya berlaku dalam cuaca yang stabil seperti keadaan kurang berangin. Ini akan menyebabkan bahan cemar tersebut tidak dapat diselerakkan ke tempat lain. Jerebu yang semakin menebal itu boleh menyekat pancaran matahari ke bumi. Oleh yang demikian, keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
Penduduk  terlibat perlu sentiasa mengetahui laporan kadar IPU dari semasa ke semasa dari media televisyen dan radio.
Kesan kesihatan
Komponen yang terdapat pada jerebu ialah karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama golongan kanak-kanak dan warga tua. Begitu juga dengan individu yang menghidapi penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan mereka yang bekerja di kawasan terbuka turut berisiko tinggi.

Menurut Pakar Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, zarah terampai yang melebihi 10 mikron tidak dapat masuk ke dalam paru-paru kerana sistem penafasan kita mempunyai sistem penapisan yang baik. Walau bagaimanapun, sekiranya zarah terampai yang kurang daripada 10 mikron (PM10) masuk ke dalam sistem pernafasan, maka ia boleh merosakkan tisu paru-paru.

Begitu juga halnya dengan gas-gas berbahaya yang terkandung di dalam udara tercemar,yang  semuanya boleh mengganggu kesihatan. Karbon dioksida boleh mengganggu penyerapan oksigen di dalam darah, nitrogen dioksida pula boleh merangsang penyakit asma, sulfur dioksida akan menyebabkan ransang bronkus/ saluran pernafasan (bronchitis) dan ozon mencederakan membran mucus di dalam saluran pernafasan sehingga menyebabkan masalah radang paru-paru. Manakala, udara yang mengandungi sulfur dioksida yang tinggi akan menyebabkan kekurangan vitamin D. Vitamin D diperlukan untuk mencegah barah kolon dan buah dada.

Berikut adalah kesan karbon dioksida kepada kesihatan manusia (Rajuna,1996).
Tindakan pencegahan
Berikut adalah nasihat kesihatan mencegah kemudaratan jerebu terutama kepada orang ramai di Muar dan kawasan-kawasan lain yang sedang dilanda jerebu:
  1. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
  2. Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.
  3. Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih.
  4. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  5. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
  6. Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
  7. Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.
  8. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
  9. Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu boleh diperolehi dari laman web http://www.infosihat.gov.my.

Tuesday 25 June 2013

Autisme : Diet & Pemakanan

Dari segi pemakanan kanak-kanak autisma, kita hendaklah menitikberatkan penyediaan makanan yang berkhasiat dan mengandungi organik untuk mereka. Makanan seperti buah-buahan serta sayuran hendaklah diperbanyakkan.  Pengambilan makanan yang mengandungi banyak gula, bahan pengawet dan makanan yang berwarna-warni hendaklah dikurangkan.  Makanan tambahan juga boleh diberikan kepada mereka.  
Antaranya pengambilan vitamin dan zat galian lain yang seimbang adalah baik untuk kesihatan mereka.  Selain itu, Cod Liver Oil, sumber vitamin A dan asid omega-3 adalah baik untuk kesihatan kerana ia member manfaat kepada badan, otak, fungsi mata dan system imun tubuh.  Perubahan daripada kanak-kanak auitsma dapat dilihat dari segi komunikasi serta daya tumpuan mereka bertambah baik apabila mereka mula mengambil makanan-makanan tambahan berkenaan.  Selain itu, pelbagai rawatan homeopati, senaman, terapi sauna infra-red, terapi oksigen, tilam magnetic dan  the herba juga merupakan antara terapi yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak autism.
Ada antara kanak-kanak autism juga memberikan tindak balas yang positif apabila Diberikan pemakanan tanpa gluten atau tanpa casein. Gluten terdapat di dalam makanan yang berasaskan gandum, barli atau bijirin. Manakala, casein pula boleh didapati di dalam susu, keju atau bahan-bahan tenusu yang lain. Namun begitu, semuanya masih bergantung pada system tubuh kanak-kanak itu sendiri. Untuk kebaikan mereka, rujuklah pada pakar gastro dan pakar pemakanan yang berdekatan. Apa yang penting adalah kita haruslah memastikan mereka mendapat makanan yang cukup dari segi kalori, nutrein dan pemakanan yang seimbang adalah perkara utama yang harus diberi perhatian.
Terdapat beberapa kajian telah dilakukan bagi memperjelaskan lagi masalah pemakanan kanak-kanak autism.  Seperti kajian yang dikemukakan di dalam buku Apa Itu Autisme? Hasil tulisan K.A Raziyah :

                                            i.            Kajian 1 :  Tanpa Gluten dan Casein
Pada 25 Mei 2005, tersiar berita di First Coasts New mengenai keajaiban berlaku di Pantai Ponte Vedra Florida, apabila Dani, kanak-kanak autism yang berusia enam tahun dapat mengatasi masalah autismanya. Anak seorang pakar pediatric iaitu Dr Julie Buckley. Berikut adalah petikan berita tersebut :
Dani adalah kanak-kanak yang sembuh daripada autism yang merupakan kecacatan perkembangan neuro yang kompleks. Ini menyebabkab kanak-kanak itu tidak mampu untuk bertutur dengan baik dan kanak-kanak autism cenderung untuk mengalami masalah gastrointestinal dan lemah imunisasinya.
Dani telah diberikan diet tanpa gluten dan casein. beliau tidak mengambil sebarang gandum gluten dan makanan tenusu. Pakar autism mengatakan bahawa kanak-kanak autism mempunyai masalah kesukaran menghadam protein di dalam gluten dan casein. selain daripada itu, makanan tersebut seolah-olah seperti kesan narkotik pada tindak balas kimia di dalam otaknya, yang menimbulkan masalah.
“Selepas tiga hari tidak mengambil gluten dan casein di dalam dietnya, Dani seolah-olah seperti kanak-kanak yang lain. Sungguh menakjubkan!”
Selain daripada itu Dani juga mengambil IVIG iaitu Intravenous Immune Globulin yang mengandungi protein yang biasa ke dalam perutnya dua kali sebulan yang berfungsi sebagai imunisasi terhadap penyakit.
“IVIG adalah makanan dan minuman untuk membantu system imunnya,” kata Dr. Buckley “ Selepas seminggu mengambil IVIG, Dani memandang saya dan mengatakan bahawa beliau menyayangi saya buat pertama kali dalam hidupnya.”
Dani turut mengambil pelbagai vitamin seperti kanak-kanak autism lain selain daripa menjalani terapi tingkah laku.
                                          ii.            Artikel 1 : The Australian, 14 November 2002
Pakar dalam autism mencadangkan supaya ibu bapa berhenti memberikan susu kepada kanak-kanak autism kerana ia memburukkan lagi keadaan.
Nasihat itu diberikan berikutan dengan pertelagahan di Mahkamah Tinggi New Zealand terhadap pengeluar tenusu terbesar Fonterra mengenai penyelidikan berkaitan dengan autism dan kecacatan mental yang lain disebabkan oleh pengambilan susu.
Paul Shattock daripada unit penyelidikan autism, Universiti Sunderland mengatakan bahawa separuh daripada mereka yang mengalami autism mencuba diet baru iaitu tidak mengambil susu menampakkan perubahan.
“ Kami mencadangkan supaya orang ramai mempertimbangkan untuk mengamalkan diet baru tanpa susu selama tiga minggu bagi melihat sama ada terdapat perubahan di dalam kesihatan mereka,” katanya.
Mengikut kajian Fonterra, kanak-kanak autism diberikan susu jenis A-1 yang menyebabkan kecacatan mental. Kajian menunjukkan pengambilan susu jenis A-1 yang merupakan majoriti di jual di Australia mungkin menyebabkan kecacatan mental dan neurologi termasuklah masalah autism dan sindrom asperger. Namun, syarikat Fonterra New Zealand mengatakan bahawa bukti tidak kukuh dan menyatakan bahawa susunya adalah selamat diminum.
Kajian melibatkan kanak-kanak New Zealanddiberikan susu A-1 ataupun susu lain yang dinamakan A2. Kanak-kanak yang meminum susu A1 telah menunjukkan peningkatan peptide beta-casomorphin 6 mungkin memburukkan keadaan atau menyebabkan kecacatan mental dan neurologi. Masalh tidak timbul dengan susu A2. Fonterra melakukan kajian ini kerana ingin menyelidik supaya tidak mengeluarkan susu yang menyebabkan masalah ini.
Walaupun komuniti perubahan masih dalam pertimbangan, seorang ibu dari Sydney, Debbie Paulo mengatakan bahawa anak autismanya yang berumur 4 tahun, Bailey, mengalami perubahan yang dramatic apabila mengamalkan diet tanpa susu, gluten dan gandum.

Selain itu, terdapat juga antara kanak-kanak autism ini yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan atau obesity.  Mereka  hendaklah dibawa berjumpa dengan pakar pemakanan di hospital sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Jangan sesekali abaikan perkara ini.

Kasihannya Kanak-kanak Lembam <(")

Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal. Mereka mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan, dan mengingat dengan berkesan.


CIRI-CIRI
  1. Bermasalah mengenal bentuk huruf.
  2. Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat.
  3. Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan.
  4. Menutup muka dengan buku sewaktu belajar.
  5. Membaca setiap perenggan terlalu lama.
  6. Ejaan perkataan seringkali salah.
  7. Menulis perkataan terlalu rapat, kecil, condong.
  8. Jarak antara perkataan yang ditulis terlalu jauh.
  9. Lambat sewaktu menulis.
  10. Huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah dan tidak seragam.
  11. Mempunyai konsep kendiri rendah.
  12. Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran sangat singkat dan perhatian mudah dialihkan oleh rangsangan luar.
  13. Hanya boleh mengikut pelajaran atau arahan yang ringkas dan jelas sahaja.

Monday 24 June 2013


FALSAFAH
PENDIDIKAN KHAS SK DATUK WAN IDRIS

Pendidikan Khas di SK Datuk Wan Idris adalah suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah  Pendidikan Kebangsaan.

VISI
PENDIDIKAN KHAS SK DATUK WAN IDRIS

Kelas Pendidikan Khas SK Datuk Wan Idris berazam untuk membantu murid-murid berkeperluan khas mencapai keseluruhan 90% kemahiran asas 3M seiring dengan perkembangan sahsiah yang baik, berakhlak mulia, mampu berdikari dan berkeyakinan diri.

MISI
PENDIDIKAN KHAS SK DATUK WAN IDRIS

  1. Membentuk kesediaan belajar dan memberi pendidikan maksima dalam bidang kurikulum mengikut aras murid.
  2. Menggalakkan murid berkeperluan khas berinteraktif dalam masyarakat mahupun luar sekolah
  3. Menggalakkan perkembangan potensi individu dengan menyediakan kemudahan dan bimbingan berkesan
  4. Memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan


Saturday 22 June 2013

Seligat Si Hiperaktif <(")


Menurut Jamilah (2005), masalah hiperaktif ini adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat mengikut kata Sandra (2008) yang telah menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang daya tumpuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi untuk masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Manakala menurut Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah satu keadaan yang meletakkan kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif.



Bagi Sandra (2008) telah menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti mudah terganggu oleh rangsangan luaran. Faktor luaran yang akan menjadi satu sebab kepada kanak-kanak ini bermasalah.Sukar mendengar dan mematuhi arahan adalah salah satu cirinya yang dapat dikesan.Manakala sukar memberi tumpuan dan perhatian juga termasuk ciri-ciri yang dinyatakan, simpton dan tanda - tanda ini akan dapat dilihat pada kanak-kanak istimewa ini. Seterusnya sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan juga dapat kita lihat sekiranya kanak – kanak ini mengalami gejala seperti ini serta keupayaan kanak – kanak ini untuk membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.dan tidak terurus.Kemahiran belajar yang lemah juga akan menjadi salah satu cirinya yang kelihatan. Seterusnya kanak – kanak ini akan jadi sukar untuk berdikari jika ianya berlarutan dan tidak dapat mencari jalan alternatifnya.



Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya Bagi ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsif. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan, kerap membuat kesalahan akibat kecuaian, gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan atau tidak suka dan enggan melakukan tugasan.

Keunikan Anak Disleksia <(")

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satupenyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Istimewanya Kanak-kanak Sindrom Down <(")

Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. 

Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.

Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognirif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit atau naïveté. Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.

Banyak ciri-ciri fizikal biasa bagi sindrom Down turut terdapat pada mereka yang mempunyai set kromosom piwaian. Ia termasuk satu garis bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur. Masaalah kesihatan berkait dengan pengidap Down termasuk risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenitalpenyakit gastroesophageal refluxjangkitan telinga (otitis) berulang, apnea tidur obstructive sleep apnea, dan kegagalan thyroid.Campurtangan zaman kanak-kanak awal, penyaringan bagi masaalah biasa, rawatan perubatan apabila diperlukan, persekitaran keluarga yang membantu, dan latihan vokational mampu meningkatkan pembangunan keseluruhan kanak-kanak dengan sindrom Down. Sungguhpun sesetengah masalah genetik fizikal sindrom Down tidak dapat diatasi, pendidikan dan jagaan yang betul mampu meningkatkan kualiti kehidupan.

Apa itu Autisme? <(")

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggerispervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris:psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. 
Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America":http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.
Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.
Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. 
Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. 
Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran (learning disabilities).



Friday 21 June 2013